Hai, Assalamualaikum w.h.t.
Hmm.. Sebut pasal duit, semua orang ada masalah duit termasuk la saya.
Jujur saya beritahu ni, sedangkan saya ni seorang akauntan, percaya atau tidak, saya pernah memberitahu teman saya yang saya ni nama saja akauntan, tapi dalam banyak-banyak akauntan, saya merupakan akauntan yang paling miskin sekali.
Hahaha.. Gurau tentang kebenaran. Ya, memang betul!
Saya merupakan seorang akauntan yang paling miskin antara akauntan-akauntan yang
lain. Kenapa? Kerana saya tidak pandai "demand" dan tidak pandai "argue" tentang gaji saya. Berapa gaji saya? Syhh.. Biarlah rahsia.. hahaha...
Okey. Cukup celoteh tentang duit, akauntan & gaji.
Sekarang kembali kepada main topic. Walaupun saya tahu gaji saya tidak begitu mencukupi untuk memenuhi keperluan peribadi saya, namun saya ada rahsia bagaimana duit itu tidak menjadi masalah bagi saya. Alhamdulillah. Tidak la kaya mana pun, cuma masalah tidak mempunyai duit itu setakat ni tidak la. Syukur, Allah masih
melimpahkan rezeki-Nya kepada saya. Nak tahu bagaimana?
Di sini saya ingin kongsikan tip-tip bagaimana nak buat "side income?" @ "duit sampingan?"
Cara saya :-
1. Saya langgan internet "unlimited". Kenapa? Sekarang zaman cyber la cik akak. Hihi..
Dengan internet, kita boleh buat duit. Jadi, kalau nak buat side income seperti saya,
harus ada internet "unlimited" ye. Kenapa "unlimited"? Mahal la. Beli yang quota la
murah sikit.. Ops, bukan sengaja tau. Tapi based on pengalaman saya la, RUGI AMAT tau
beli yang ada quota. Sebabnya, benefitnya lebih kepada penggunaan malam iaitu dari
pukul 1 pagi hingga 7 pagi. Time tu internet laju, lagi quotanya banyak berbanding time
waktu siang. TAPI, MASALAHNYA... Sapa yang bangun tengah-tengah malam main internet?
Tido lagi best la..huhu.. & lagi satu problem, bila buka je video, ha, mula la cepat
quota nak abis. Dan saya suatu tika dulu, kerana desakan game "Farmville", saya pun
langgan broadband MAXIS. RM60 sebulan. Hahaha.. Tak sampai sebulan, saya dah topap
banyak kali menjadikan total sebulan sebanyak RM 100 dan ke atas. Hahaha... So, dah mula
la rasa rugi, saya pun pergi P1.COM yang tika itu mempunyai promosi RM99 sebulan untuk
package unlimited. Ha.. Cepat je saya daftar. Hahaha.. Dan sekarang, ada promosi RM89 pulaaaa
sebulan... huhuhu... Bijak..Bijak...
Ok. Jadi, langgan la internet unlimited.
2. Kena ada akaun gmail. "Sign up" kan je... Mudah je. Cuma isi maklumat peribadi, kod bergambar dan hantar.
Dah siap akaun gmail anda.
Nak tahu bagaimana cara untuk membina akaun google anda, saksikan tutorial video di bawah ni..
3. Create blog. Caranya, mudah aje. Yang penting akaun google kena create dulu tau. Kemudian,pergi ke google search engine.
a) Taip "Blogger" dan klik blogger website.
b) Masukkan alamat email google yang baru dibina tadi diikuti dengan password anda.
c) Klik "New Blog". Create Tajuk Utama laman blog anda dan cipta satu alamat blog yang mudah dicari pengunjung laman blog anda nanti.
d) Pilih template kesukaan anda & klik "create blog".
e) Klik "New Post" dan taip perkara yang anda gemari.
f) Tekan "preview" (di bahagian kanan atas) untuk melihat post anda.
g) Sekiranya anda berpuas hati, terus klik "publish", (sebaris dengan preview tadi) dan ia akan secara langsung post anda sudah pun dipaparkan di laman blog anda.
4. Ok. Blog dah siap. Jom kita daftar iklan. Ni la caranya kita nak dapatkan duit.
5. Nuffnang adalah iklan yang agak popular sekarang ini. Bayarannya juga ok. Tapi, nak lebih berbaloi, anda boleh la cuba untuk apply iklan kat google adsense.
Ha, yang ni memang sangat berbaloi. Kenapa? Kerana jumlah bayarannya kepada kita adalah dalam bentuk dolar. So, convert dengan nilai matawang kita, maka ia akan menjadi TIGA KALI GANDA! Dasyat tak? Depends on Ekonomi Dunia ye. So, kena juga ambil tahu tentang nilai matawang dunia tinggi ke rendah. Hehehe.
6. Tapi, bukan senang nak apply for Google Adsense. Seriously, saya dah banyak kalinya di REJECT oleh Google Adsense.
Syaratnya yang sekarang ini agak ketat dan banyak, maka tak ramai yang senang-senang boleh dapat join iklan Google Adsense ni. Tapi Alhamdulillah, berkat banyak kali juga la saya mencuba apply for Google Adsense ni, so akhirnya berjaya..
Happy? Ah, memang tak usah dibicarakan lagi. Memang happy giler-giler punya. Suka betul bila dah di APPROVED nya oleh Google Adsense ni.
7. Makanya, disini, nak berjaya kena ada usaha. Jika anda create blog sekalipun, namun anda tidak mempunyai idea yang bernas untuk menarik traffic anda, maka agak susah juga income tu nak dapat. So, kalau rajin, incomenya berbaloi la dengan kerajinan kita. Kalau tak, memang cukup-cukup je la.
8. Tapi yang bestnya bila kita daftar iklan Nuffnang & Google Adsense ni, jika traffic kita tinggi, (jumlah pengunjung ke laman blog kita), maka income yang kita akan dapat juga tinggi. Oh, lupa nak beritahu ye. Jumlahnya bukanlah ribu riban, tapi sesen dua. Tapi, lama-lama akan jadi bukit kan? So, kalau nak cepat dapat income, silalah
cuba di Google Adsense.
9. Saya berkongsi tip-tip ini dengan anda kerana saya pernah mendapat bayaran daripada iklan-iklan tersebut dan memang seronok sebenarnya buat side income secara online ni.
Apatah lagi bila rasa ingin melihat jumlah payment yang masuk dalam account kita. Setakat ini, iklan-iklan ni je yang boleh dipercayai.
INGAT, TIDAK SEMUA IKLAN ITU BENAR. Ada iklan yang tidak memberikan apa-apa bayaran kepada anda setelah anda bersusah payah memberi traffic ke blog anda.
Apa-apapun, saya disini mengucapkan selamat berjaya kepada anda semua. Sekian saja tip dari saya, semoga anda semua mendapat manfaatnya.
"NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH".