Thursday 24 December 2015

SUARA GAMBAR / VOICE OF PICTURES

Apabila gambar berbicara,maka amatlah mendalam sungguh maksudnya..
Menghayatinya dengan hati, maka akan terlihatlah kebenarannya..
Berbicara tanpa suara, jauh lebih hebat dari bersuara tanpa rasa..
Jom lihat sendiri, ilusi yang pasti memberi sejuta makna kepada orang yang menghayati..
Hebatnya mereka yang berjiwa SENI..!!
Menyampaikan NASIHAT melalui imiginasi...
Credit kepada cerpen.co.id dan pelukis karya ini..

😙










Tuesday 22 December 2015

JOM BACA KOMIK - GEMPAK STARZ .. !!



































RINDU ITU INDAH..

Apabila rindu melanda, pasti hati akan teringat kepada si dia yang jauh di mata kita.  Dan seseorang itu semestinya adalah seorang yang istimewa dalam hidup kita...

Bila di pandang ke langit, kita berharap agar si dia juga turut melihat ke arah yang sama kita lihat.  Apa agaknya ye yang sedang dikau lakukan?  Dah makan ke?  Sihat ke?  Tidakkah di dalam hatimu terdetik rasa rindu padaku.. Mengapa SMS yang ku hantar selalu sahaja lambat di balas olehmu?  Sibukkah dirimu?

Pelbagai persoalan pasti terlintas di fikiran kita.  Semestinya, harapan yang menggunung pasti ada ketika rindu itu menjelma...

Namun, kadang-kadang, kita memang selalu terasa bahawa diri kita sahaja yang merindui dirinya.  Namun dia? Hmm.. mesti kecil hati kan bila fikir sedemikian..

Tidak, ada masanya kita pasti berasa rindu.  Dan ada ketikanya juga, si dia juga turut merasai perkara yang sama iaitu rindukan diri kita.  Ini kerana, manusia itu sama.  Mempunyai perasaan dan sentiasa beremosi ketika berseorangan.

Andai ada cinta, pasti ada rasa.  Andai ada rasa, pasti diriku dan dirimu juga turut merasainya.  Jika kita jauh, kenangkanlah diriku selalu.  Jika kita dekat, pimpinlah daku menuju ke mahligai indah itu.

****  RINDU ITU INDAH, BENAR-BENAR INDAH, ANDAI DIRIMU JUA TURUT MERASAINYA.. *****









TUTORIAL PAKAI TUDUNG STYLE 2015 & 2016

Jom belajar tutorial bagaimana cara nak memakai tudung shawl dan bawal mengikut trend terkini.  Terdapat pelbagai gaya yang boleh kita suai padankan dengan pakaian kita agar sentiasa kelihatan jelita dan anggun sepanjang masa.  Banyak gambarajah yang dikumpulkan di blog ini khas untuk mereka yang gemar berfesyen dan sentiasa menjaga penampilan diri agar sentiasa nampak cantik dan menarik..   Biarpun bertudung, kita berhak untuk bergaya... JOMMMM...!!!