Pages

Tuesday, 22 December 2015

RINDU ITU INDAH..

Apabila rindu melanda, pasti hati akan teringat kepada si dia yang jauh di mata kita.  Dan seseorang itu semestinya adalah seorang yang istimewa dalam hidup kita...

Bila di pandang ke langit, kita berharap agar si dia juga turut melihat ke arah yang sama kita lihat.  Apa agaknya ye yang sedang dikau lakukan?  Dah makan ke?  Sihat ke?  Tidakkah di dalam hatimu terdetik rasa rindu padaku.. Mengapa SMS yang ku hantar selalu sahaja lambat di balas olehmu?  Sibukkah dirimu?

Pelbagai persoalan pasti terlintas di fikiran kita.  Semestinya, harapan yang menggunung pasti ada ketika rindu itu menjelma...

Namun, kadang-kadang, kita memang selalu terasa bahawa diri kita sahaja yang merindui dirinya.  Namun dia? Hmm.. mesti kecil hati kan bila fikir sedemikian..

Tidak, ada masanya kita pasti berasa rindu.  Dan ada ketikanya juga, si dia juga turut merasai perkara yang sama iaitu rindukan diri kita.  Ini kerana, manusia itu sama.  Mempunyai perasaan dan sentiasa beremosi ketika berseorangan.

Andai ada cinta, pasti ada rasa.  Andai ada rasa, pasti diriku dan dirimu juga turut merasainya.  Jika kita jauh, kenangkanlah diriku selalu.  Jika kita dekat, pimpinlah daku menuju ke mahligai indah itu.

****  RINDU ITU INDAH, BENAR-BENAR INDAH, ANDAI DIRIMU JUA TURUT MERASAINYA.. *****









No comments:

Post a Comment