Pages

Sunday, 20 December 2015

HATI-HATI DENGAN SPESIS LALAT INI.. / Carefully with this species FLY!

Kejadian ni berlaku ketika saya sedang bekerja.. Tiba-tiba ada seekor lalat mengganggu saya dengan bunyi yang bising dan terbang di sekeliling tempat kerja saya iaitu di dalam ofis yang tertutup. Keadaan ini amatlah tidak menyenangkan dan hati saya begitu membuak-buak untuk membunuh lalat tersebut.

Dengan sepantas kilat, saya mengambil pembaris besi yang panjang lantas menghayun ke arah lalat tersebut.  Sangkaan saya, pasti tidak kena lalat tersebut.  Namun sangkaan saya sama sekali meleset kerana saya terkejut melihat badan lalat tersebut jatuh ke atas timbunan dokumen di atas meja saya. Rupa-rupanya kepala lalat tersebut telah terbelah dua.  Wah! Hebat juga saya ni.. Haha..

Gatal tangan punya pasal, saya pun meletakkan badan lalat tersebut di atas kertas recycle lalu memicit badan lalat tersebut.  Terkejut saya bila melihat ada benda yang bergerak-gerak.  Rupanya di dalam badan lalat tersebut ada ANAK ULAT...! EEII...!

Cuba bayangkan, jika lalat spesis ini meninggalkan anak ulatnya di atas makanan yang terdedah. Dan secara tidak sengaja kita telah memakannya.. EEiyarkk, sungguh menggelikan!! Kebanyakan yang kita jumpa adalah lalat yang meninggalkan larvanya di atas makanan, betul? Dan larva itu mengambil masa dalam beberapa jam untuk menetas.

Tapi tidak untuk spesis lalat yang ini, ia memang terlahir sebagai ANAK ULAT!! Please, tolong berhati-hati semua, jangan dedahkan makanan anda hingga menyebabkan lalat hinggap ke atas makanan kita.. Saya dah trauma apabila tau ada spesis lalat macam ni.. huwaa... Sungguh menggelikan...!!!







No comments:

Post a Comment