Sunday, 5 July 2015

Kids Sofa Murah & Cantik !

Hari Raya bakal menjelma. Saya sengaja je bersiar-siar ke TESCO UTARA di LAGENDA HEIGHT, SUNGAI PETANI.  Khabarnya, ada offer pampers jenama DRYPERS, RM 32.90.. Selama ni saya pernah terbeli pampers drypers harga RM 34.90...Maybe sebab terdesak punya pasal, so saya pun ambil je la.. hihi
Tapi,kes hari ni bukan kes terdesak ye. Tapi kes beringat-ingat sebelum terkena. Hehe.

Jadi,nak dijadikan cerita, saya dan en. Suami pun bergerak la ke sana sambil tinjau-tinjau & cuci mata. Ok. Pampers drypers dah pun saya ambil walaupun kat rumah actually masih ada lagi. Saja beli untuk keep stok sementara masih ada offer, kan.. Jalan punya jalan, alamak, mata saya tertumpu kat satu objek yang sangat comel & murah! Dan ia adalah barangan yang saya tengah cari sekarang ni. So, pucuk dicita, ulam mendatang la jawabnya..hehe..

Apa lagi, cepat-cepat saya ambil & letakkan kat dalam troli.. happy tak terkata ye sebab jumpa barang yang saya idam-idamkan. Hihi.. Ha, nak tahu barang apa? Ni dia, kids sofa.. Serius, sangat comel.!!



Sebelum ni, saya pernah ke satu gudang beli belah yang agak terkenal (tak boleh sebut nama kedai tu, nanti kena saman) huhu.. Memang design yang sama tapi warna sangat terhad. Waktu tu hanya ada 1 warna je iaitu warna koko. 

So, bukan my favourite colour. Huhu. Harga dia memang saya rasa okey iaitu RM 109.00 macam tu lebih kurang. Saya tak beli sebab saya nak warna yang lebih menyerlah & menarik. Dan lagipun, saya kalau boleh nak beli 2 sebab saya ada 2 orang anak yang masih kecil & sesuai duduk di atas sofa ni. Malangnya, sofa diorang hanya tinggal 1 je. 

Kemudian, bila saya tengok je kat Tesco, memang saya nak beli tak kisah la harga berapa sebab warna yang saya suka ada & juga saya boleh beli 2 buah sofa seperti yang saya kehendaki sebelum ni. Kemudian mata saya melirik ke tanda harga. WOW! Memang berbaloi! Hanya RM 65.90 sahaja. Memang murah bagi saya. Apalagi, tak tunggu lama, saya terus beritahu suami nak beli sofa ni, boleh tak? Suami setuju. Alhamdulillah. Terus beli. 

Lepas ambil je "kids sofa" ni, terus takde mood nak tinjau barang lain. Fikir nak balik je. Nak bagi anak-anak duduk. Gembiranya hati seorang isteri, merangkap seorang ibu serta salah seorang pelanggan hari ni memang tak dapat nak diterangkan bagaimana. Syukur Alhamdulillah sebab dapat miliki barang yang diingini. Dan yang paling penting, nak share sofa budak yang murah ni kat semua pelawat blog saya. 
Ops, di akhir ucapan. Selamat Berpuasa semua. 😉😉😉😄😄🌷🌷🌷

Wednesday, 24 June 2015

Ilham Bento Yang Sangat Comel dan Kreatif

Assalamualaikum...

Hai you all.. Dah tau ke hari ni nak berbuka puasa makan apa? Ha, belum? Aduh, kenapa belum? Nah, di sini ada pelbagai jenis makanan yang pasti menjadi inspirasi buat anda semua yang kemungkinan sedang mencari idea sekarang ini, kan? Ha, tunggu apa lagi. Jom tinjau makanan apakah itu yang menarik sangat ni?

Ok.  Ni namanya Bento ye.  Makanan yang sangat terkenal di Jepun.  Kini ramai ibu bapa yang belajar cara untuk membuat bento ni. Tujuannya adalah ingin memikat hati anak-anak mereka yang tidak sukakan makanan berkhasiat.

Yang pasti, semua gambar Bento di bawah ni memang comey & kreatif sekali.  Ni kalau di suruh makan ni, memang tak sentuh la jawabnya makanan tu.  Asyik ambil gambar je. Haha... Okey.  Relaxkan diri anda.  Jom release tension dengan melihat gambar Bento yang comel2 ni...



Tuesday, 23 June 2015

Tutorial Rahsia Membuat Kerja Sambilan @ Side Income Dengan Mudah !

Hai, Assalamualaikum w.h.t.

Hmm.. Sebut pasal duit, semua orang ada masalah duit termasuk la saya.
Jujur saya beritahu ni, sedangkan saya ni seorang akauntan, percaya atau tidak, saya pernah memberitahu teman saya yang saya ni nama saja akauntan, tapi dalam banyak-banyak akauntan, saya merupakan akauntan yang paling miskin sekali.
Hahaha..  Gurau tentang kebenaran. Ya, memang betul!
Saya merupakan seorang akauntan yang paling miskin antara akauntan-akauntan yang
lain.  Kenapa?  Kerana saya tidak pandai "demand" dan tidak pandai "argue" tentang gaji saya.  Berapa gaji saya? Syhh.. Biarlah rahsia.. hahaha...

Okey. Cukup celoteh tentang duit, akauntan & gaji.

Sekarang kembali kepada main topic.  Walaupun saya tahu gaji saya tidak begitu mencukupi untuk memenuhi keperluan peribadi saya, namun saya ada rahsia bagaimana duit itu tidak menjadi masalah bagi saya.  Alhamdulillah.  Tidak la kaya mana pun, cuma masalah tidak mempunyai duit itu setakat ni tidak la.  Syukur, Allah masih
melimpahkan rezeki-Nya kepada saya.  Nak tahu bagaimana?

Di sini saya ingin kongsikan tip-tip bagaimana nak buat "side income?" @ "duit sampingan?"
Cara saya :-

1. Saya langgan internet "unlimited". Kenapa? Sekarang zaman cyber la cik akak.  Hihi..
Dengan internet, kita boleh buat duit.  Jadi, kalau nak buat side income seperti saya,
harus ada internet "unlimited" ye.  Kenapa "unlimited"? Mahal la.  Beli yang quota la
murah sikit.. Ops, bukan sengaja tau.  Tapi based on pengalaman saya la, RUGI AMAT tau
beli yang ada quota.  Sebabnya, benefitnya lebih kepada penggunaan malam iaitu dari
pukul 1 pagi hingga 7 pagi. Time tu internet laju, lagi quotanya banyak berbanding time
waktu siang.  TAPI, MASALAHNYA... Sapa yang bangun tengah-tengah malam main internet?
Tido lagi best la..huhu.. & lagi satu problem, bila buka je video, ha, mula la cepat
quota nak abis.  Dan saya suatu tika dulu, kerana desakan game "Farmville", saya pun
langgan broadband MAXIS.  RM60 sebulan. Hahaha.. Tak sampai sebulan, saya dah topap
banyak kali menjadikan total sebulan sebanyak RM 100 dan ke atas. Hahaha... So, dah mula
la rasa rugi, saya pun pergi P1.COM yang tika itu mempunyai promosi RM99 sebulan untuk
package unlimited.  Ha.. Cepat je saya daftar. Hahaha.. Dan sekarang, ada promosi RM89 pulaaaa
sebulan... huhuhu... Bijak..Bijak...

Ok. Jadi, langgan la internet unlimited.

2. Kena ada akaun gmail.  "Sign up" kan je... Mudah je.  Cuma isi maklumat peribadi, kod bergambar dan hantar.
Dah siap akaun gmail anda.

Nak tahu bagaimana cara untuk membina akaun google anda, saksikan tutorial video di bawah ni..

TUTORIAL CARA MUDAH SIGN UP AKAUN GOOGLE

CLICK ME !


3. Create blog.  Caranya, mudah aje.  Yang penting akaun google kena create dulu tau.  Kemudian,pergi ke google search engine.
a) Taip "Blogger" dan klik blogger website.
b) Masukkan alamat email google yang baru dibina tadi diikuti dengan password anda.
c) Klik "New Blog".  Create Tajuk Utama laman blog anda dan cipta satu alamat blog yang mudah dicari pengunjung laman blog anda nanti.
d) Pilih template kesukaan anda & klik "create blog".
e) Klik "New Post" dan taip perkara yang anda gemari.
f) Tekan "preview" (di bahagian kanan atas) untuk melihat post anda.
g) Sekiranya anda berpuas hati, terus klik "publish", (sebaris dengan preview tadi) dan ia akan secara langsung post anda sudah pun dipaparkan di laman blog anda.

4. Ok. Blog dah siap.  Jom kita daftar iklan.  Ni la caranya kita nak dapatkan duit.

5. Nuffnang adalah iklan yang agak popular sekarang ini.  Bayarannya juga ok. Tapi, nak lebih berbaloi, anda boleh la cuba untuk apply iklan kat google adsense.
Ha, yang ni memang sangat berbaloi.  Kenapa? Kerana jumlah bayarannya kepada kita adalah dalam bentuk dolar. So, convert dengan nilai matawang kita, maka ia akan menjadi TIGA KALI GANDA! Dasyat tak? Depends on Ekonomi Dunia ye. So, kena juga ambil tahu tentang nilai matawang dunia tinggi ke rendah. Hehehe.

6. Tapi, bukan senang nak apply for Google Adsense. Seriously, saya dah banyak kalinya di REJECT oleh Google Adsense.


Syaratnya yang sekarang ini agak ketat dan banyak, maka tak ramai yang senang-senang boleh dapat join iklan Google Adsense ni. Tapi Alhamdulillah, berkat banyak kali juga la saya mencuba apply for Google Adsense ni, so akhirnya berjaya..

Happy? Ah, memang tak usah dibicarakan lagi. Memang happy giler-giler punya. Suka betul bila dah di APPROVED nya oleh Google Adsense ni.

7. Makanya, disini, nak berjaya kena ada usaha. Jika anda create blog sekalipun, namun anda tidak mempunyai idea yang bernas untuk menarik traffic anda, maka agak susah juga income tu nak dapat. So, kalau rajin, incomenya berbaloi la dengan kerajinan kita.  Kalau tak, memang cukup-cukup je la.

8. Tapi yang bestnya bila kita daftar iklan Nuffnang & Google Adsense ni, jika traffic kita tinggi, (jumlah pengunjung ke laman blog kita), maka income yang kita akan dapat juga tinggi. Oh, lupa nak beritahu ye.  Jumlahnya bukanlah ribu riban, tapi sesen dua. Tapi, lama-lama akan jadi bukit kan? So, kalau nak cepat dapat income, silalah
cuba di Google Adsense.

9. Saya berkongsi tip-tip ini dengan anda kerana saya pernah mendapat bayaran daripada iklan-iklan tersebut dan memang seronok sebenarnya buat side income secara online ni.
Apatah lagi bila rasa ingin melihat jumlah payment yang masuk dalam account kita. Setakat ini, iklan-iklan ni je yang boleh dipercayai.

INGAT, TIDAK SEMUA IKLAN ITU BENAR. Ada iklan yang tidak memberikan apa-apa bayaran kepada anda setelah anda bersusah payah memberi traffic ke blog anda.


Apa-apapun, saya disini mengucapkan selamat berjaya kepada anda semua.  Sekian saja tip dari saya, semoga anda semua mendapat manfaatnya.
"NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH".


Tuesday, 21 October 2014

Halloween story and horror pictures

Hi... Everyone know about halloween day,right? But on the ASIA country, this ceremony is not familiar in here.. otherwise, all people know the craziness of their celebrate this Halloween day..

Honestly, the creativity of make up effect that are inspired by them should be awards.  And respect their ability and intelligent into this make up issue.

In Malaysia, we use this creativity only to the actress that are shooting horror film.  But, for them, they are do it to themselves and walk around the city just to celebrate the day.. Amazing culture.  But for sure, it's not suitable in here.. or not, all people will run away and police will come arrest you.. haha..














Monday, 20 October 2014

Beautiful flowers captured by Paul Barson

I would like to make you all surprised with the pictures below and believe me.. its very awesome and professionally captured by intelligent people in this photography carrier.

Macro photographer, Paul Barson captures photos of everyday flowers and turns them into magical emotive artworks.

Paul creates floral artwork unlike any others with his creative use of color and light. Using only a modest entry level camera and macro lens.

“I’ve always loved macro photography. The saying is that ‘beauty is in the eye of the beholder’ and if you truly look and not just see, there is beauty all around. Macro photography makes me look at and appreciate the world in a totally different way, appreciate those things that most people wouldn’t even notice and would walk right by.”

All shots are taken in the best studio money can’t buy…in their natural environment, the great outdoors. Shots are then processed with use of only Lightroom, music and a cup of real English tea. Paul shoots with a Canon T3i paired with a Canon 100mm Macro 2.8.

Now, you can judges and look by your own perceptions that how beautiful this picture actually.






However this 3 pictures were captured by me when visiting Cameron Highland at Pahang on 2014.  Awesome place, awesome environment and also awesome moments that we can't to forget forever... Err.. when you look at my pictures below, do you think i can be a photographer..? haha.. I love too but i believed all people are love beautiful things and do i am...  So, when you see something interesting like flower, and others, automatically you will on your camera, focus and snap, shoot it. Right?





Welcome

HELLO...

Hi everyone.. i am sizukafaisha and you can call me SF.. This blog is exist just to transfer information about all topics in our social life..whatever.. story..video.. movie.. entertainment and others will be write in here and you.. yes.. you are the readers..are allowed to read my writing and also participated to join together with me to share your idea and intelligent... =)

 SO... WELCOME TO MY BLOG...