Tuesday, 22 December 2015

TUTORIAL PAKAI TUDUNG STYLE 2015 & 2016

Jom belajar tutorial bagaimana cara nak memakai tudung shawl dan bawal mengikut trend terkini.  Terdapat pelbagai gaya yang boleh kita suai padankan dengan pakaian kita agar sentiasa kelihatan jelita dan anggun sepanjang masa.  Banyak gambarajah yang dikumpulkan di blog ini khas untuk mereka yang gemar berfesyen dan sentiasa menjaga penampilan diri agar sentiasa nampak cantik dan menarik..   Biarpun bertudung, kita berhak untuk bergaya... JOMMMM...!!!























































































Monday, 21 December 2015

KISAH MARIA ketika SEDIH MELANDA DIRIMU SAHABAT...


Adakah manusia di dunia ini tidak pernah bersedih?  Adakah manusia ini tidak pernah mengalami putus cinta? Adakah manusia di dunia ini tidak mengenali erti air mata...?  Saya percaya, semua manusia pernah mengalaminya... Tidak juga terkecuali diri saya...

Sedih itu terlalu universal untuk di terangkan.. Terlalu susah untuk diceritakan.. Namun, kesedihan itu terlahir dalam pelbagai bentuk pengalaman yang kita lalui...

Jika anda sedang bersedih sekarang, menangislah.. Keluarkan semua airmata yang tersimpan di sudut kecil dalam hati anda.. Luahkan.. Luruhkan segala-galanya sekarang.  Jangan pernah menyimpan setitik pun air mata itu di dalam hati anda.. Kerana yang setitik itu, bisa menjadi hempasan ombak yang menggila...

Kata seorang pujangga, "Bagaimanakah pelangi itu terbentuk?  Terbentuknya dia adalah selepas turunnya hujan.. Begitu jualah dengan sifat manusia.. Kebahagiaan itu terbentuk selepas dikeluarkan semua perasaan sedih itu melalui airmata.. " Dengan mengalirnya air mata kesedihan itu, maka akan mengalir keluar jualah kesedihan yang telah bersarang di hati kita...

Teringat satu kisah yang terjadi kepada sahabat saya.. Ketika itu, sahabat saya itu telah mengalami satu masalah yang dirasakannya teramat berat.. Sungguh payah rasanya dia memikul kesedihan hatinya itu.. Sebagai sahabat, entah apalah yang perlu saya ungkapkan agar dia bersemangat semula... Lalu saya telah menceritakannya satu kisah iaitu "KISAH MARIA"...

Saya bertanya padanya, pernahkah dia mendengar kisah maria?  Dia menggeleng tanda tidak pernah mendengarnya..  Maka, saya pun memulakan ceritanya..

"Ada seorang wanita ini, bernama Maria..  Dia telah membeli tiket untuk terbang ke London..  Sukanya dia kerana impiannya bakal menjadi kenyataan.. Setelah bertahun-tahun dia berusaha untuk kumpul duitnya, namun kali ini dia telah menjadikan impiannya satu kenyataan dengan berusaha sekuat mungkin.."

"Masa untuk dia menaiki kapal terbang sudah pun tiba.. Dia telah bersiap-siap untuk bergerak menaiki kapal terbang.. Namun, nasib tidak menyebelahinya... Kapal terbang yang sepatutnya dia naiki telah pun berlepas sejam yang lalu..  Dia menangis hiba kerana impiannya juga telah hancur terbang bersama kapal terbang tersebut.."

Saya melihat wajah sahabat saya begitu teruja mendengar cerita saya.. Saya pun sambung...

"Maria telah menyalahkan Tuhan kerana nasib malang yang telah menimpanya.. Dia berjanji tidak mahu percaya kepada Tuhan dan dia terlalu benci dengan nasib yang menimpa dirinya.."

"Namun, keesokannya, dia telah membeli sebuah surat khabar.. Dia terus menangis teresak-esak, menyesal kerana telah menyalahkan Tuhan di atas apa yang berlaku ke atas dirinya.. Dia menyesal.. Kerana apa yang muncul di dalam surat khabar tersebut merupakan berita dimana kapal terbang yang sepatutnya dia naiki telah terhempas sebelum tiba di kota London... "

Jadi, saya pun berkata kepada sahabat saya.. Dalam kesedihan yang dia alami, sebenarnya dia terlupa akan satu perkara tentang NIKMATNYA HIKMAH yang sedang menantinya.. Tidak di DUNIA, di AKHIRAT pasti dia merasai hikmah tersebut..

Maka, saya beritahu padanya lagi, tidak ada manusia yang tidak pernah merasa sedih.. Namun Allah S.W.T. memberikan kita akal untuk mengawal perasaan kita.. Janganlah siksa jiwa kita, diri kita, dek kerana kesedihan itu..

Mungkin orang lain tidak merasai apa yang kita rasa, tapi percayalah, ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI KITA ANDAI DIA TAHU YANG KITA TIDAK MAMPU MENANGGUNGNYA..

Seperti mana kisah Dinasor kata saya..  Dinasor memang pernah ada dalam kehidupan kita.. Namun disebabkan kehadirannya yang begitu banyak dan membahayakan penduduk bumi, maka Allah S.W.T. menghapusnya dengan satu bencana.  Dengan itu, janganlah kita ikutkan perasaan.. Perasaan yang sedih bakal membawa kita kepada penderitaan yang berpanjangan...

Belajarlah tersenyum ketika diri sedang dilanda sedih, wahai sahabatku semua...

nukilan rasa,
sizukaharriscollections

Gubahan Terindah Daripada Sayur-Sayuran....

Bulan Disember umumnya dikenali sebagai bulan CUTI SEKOLAH di mana banyak kenduri kendara di adakan sempena cuti sekolah ini.  Maka, jenuh jugaklah kita mengatur rumah mana yang ada kenduri pada minggu ini.

Selain makan dan makan dan selfie sahaja, ada juga saudara mara yang minta tolong kita ataupun kita dengan sendirinya volunteer untuk mengubah hantaran mahupun menyediakan hiasan untuk di hias di atas makanan di meja pengantin nanti.

Kepada mereka yang tidak mempunyai ilham, bagaimana dan apakah yang hendak digubah ketika diminta oleh sanak saudara nanti, haa...  Jom santai-santai tatap gambar di bawah...















Sunday, 20 December 2015

CUSTOMS VIVO YANG COMEL DI CMART

Baru-baru ini saya telah pergi ke CMART AMANJAYA MALL, Sungai Petani, Kedah.  Wow! Comel betul customs VIVO ni.  Memang sangat-sangat teruja bila tengok benda-benda comel sebegini.. Aduh, TAK PERCAYA?! Jom klik di sini.. Sangat comel.. Serius, pasti anda semua juga rasa sedemikian..  Inilah masanya untuk SNAP PICTURE...!! =)



HATI-HATI DENGAN SPESIS LALAT INI.. / Carefully with this species FLY!

Kejadian ni berlaku ketika saya sedang bekerja.. Tiba-tiba ada seekor lalat mengganggu saya dengan bunyi yang bising dan terbang di sekeliling tempat kerja saya iaitu di dalam ofis yang tertutup. Keadaan ini amatlah tidak menyenangkan dan hati saya begitu membuak-buak untuk membunuh lalat tersebut.

Dengan sepantas kilat, saya mengambil pembaris besi yang panjang lantas menghayun ke arah lalat tersebut.  Sangkaan saya, pasti tidak kena lalat tersebut.  Namun sangkaan saya sama sekali meleset kerana saya terkejut melihat badan lalat tersebut jatuh ke atas timbunan dokumen di atas meja saya. Rupa-rupanya kepala lalat tersebut telah terbelah dua.  Wah! Hebat juga saya ni.. Haha..

Gatal tangan punya pasal, saya pun meletakkan badan lalat tersebut di atas kertas recycle lalu memicit badan lalat tersebut.  Terkejut saya bila melihat ada benda yang bergerak-gerak.  Rupanya di dalam badan lalat tersebut ada ANAK ULAT...! EEII...!

Cuba bayangkan, jika lalat spesis ini meninggalkan anak ulatnya di atas makanan yang terdedah. Dan secara tidak sengaja kita telah memakannya.. EEiyarkk, sungguh menggelikan!! Kebanyakan yang kita jumpa adalah lalat yang meninggalkan larvanya di atas makanan, betul? Dan larva itu mengambil masa dalam beberapa jam untuk menetas.

Tapi tidak untuk spesis lalat yang ini, ia memang terlahir sebagai ANAK ULAT!! Please, tolong berhati-hati semua, jangan dedahkan makanan anda hingga menyebabkan lalat hinggap ke atas makanan kita.. Saya dah trauma apabila tau ada spesis lalat macam ni.. huwaa... Sungguh menggelikan...!!!