Wednesday, 26 August 2015

AKIBAT SKIM CEPAT KAYA DAN NASIHAT TERHADAP SKIM PENIPUAN - MAGAZINE PUBLISHED BY BNM & FOMCA




CARA-CARA DAFTAR - JAWATAN KOSONG SEMENTARA SEBAGAI JURUTAIP

Saya merupakan salah seorang pekerja sambilan di Part time job sebagai jurutaip dan sudah pun dapat bayarannya melalui PAYPAL.

Jangan was-was.  Anda pasti dapat bayaran jika anda ikuti syarat-syarat yang telah pun di tetapkan oleh company tersebut.


1.  MEGATYPERS 



- Klik butang Free Signup! Isikan semua kotak kosong dengan maklumat yang diingini.  
-email anda
-cipta password anda
-masukkan nama anda
-jenis pembayaran yang akan di buat
-invitation code ( tengok pic di bawah, dan pilih salah satu code yang anda ingini )
-klik kotak "important"
-masukkan perkataan yang tertera ( cth: DCXWRVG )
-Tekan butang "REGISTER".



INVITATION CODE ( WAJIB MASUK UNTUK REGISTER MEGATYPERS )

Seterusnya klik butang "START WORKING" di bahagian kiri index untuk memulakan proses menaip.

Ataupun "Statistics" untuk melihat berapa banyak sudah anda menaip. 

Akhir kata dari saya, semoga berjaya.

Daa...


JAWATAN KOSONG SEMENTARA SEBAGAI JURUTAIP

Hi, Assalamualaikum...

Anda suri rumah? Anda full time worker? Anda part time worker? Siapa pun anda, anda mampu menyertai JAWATAN KOSONG SEMENTARA sebagai penaip.  Dimana sahaja anda berada, di cyber cafe, di rumah, di tempat kerja mahupun anda sedang berada di luar kawasan, asalkan anda mampu access internet, anda LAYAK menyertai pekerjaan ini.

Tidak ada perkataan TIDAK yang boleh diungkap untuk MENJANA WANG dengan mudah.  Anda tidak semestinya mempunyai skill tertentu untuk melakukan pekerjaan ini.  Namun, jika anda mampu MENAIP DENGAN LAJU, itu adalah bonus untuk anda perolehi pendapatan yang lebih banyak berbanding mereka yang lain.

Secara umumnya, terdapat pelbagai JENIS KERJA MENAIP yang ada dan tidak semuanya dibongkarkan oleh semua pihak.  Kebanyakan mereka hanya "memendam" sahaja pekerjaan ini kerana "takut" dan "tamak" andai ada orang lain tahu rahsia mereka.

Tak susah pun kerja menaip ini.  Cuma, yang penting anda harus mempunyai kesabaran yang sangat-sangat tinggi.  Kerana, setiap perkataan yang anda taip bukan dalam angka 1usd kerana satu perkataan yang akan anda taip akan dibahagi kepada 1000.  Contohnya, nilai semasa untuk jam 2 petang ialah 0.50usd.  Maka cara pengiraannya ialah :-

0.50 / 1000 = 0.0005

Dan jika pada jam itu anda telah pun menaip sebanyak 500 perkataan, maka pendapatan anda ketika itu ialah :-

0.0005 x 500 = 0.25usd atau bila di convert dalam RM = 1.06 ( 27/8/2015 )

So, tetapkan target anda untuk menjana 5usd sekurang-kurangnya 1 minggu iaitu anda haruslah menaip dalam tempoh seminggu itu sebanyak 10, 000 perkataan.

Permulaan memang agak sukar untuk mencapai target tersebut, namun setelah anda kerap dan cekap, ia sangat mudah untuk dicapai.



Jika berminat, baca seterusnya DI SINI........

Resepi Sambal Tumis Telur Cara Kampung ajaran Nenek

Di kala lapar menjelma... Perut dok bunyi krukk krukkk... Tambah-tambah tengah @ lepas time hujan..

Aduh, makin menggila perut ni berkeroncong mendendangkan lagu dangdut...

waaa.. sangat-sangat ingin makan nasi dengan 1 lauk ja... hmmm..
Tadaaaaa..



kalau ada nasi ngan lauk sambal tumis teloq ni ja pun, memang betul-betul membuka selera habaqqq maaaiiii... Mau tambah 8 pinggan niiii..

Mai nak share resipi sambal tumis yang sedap...

Bahan-bahannya:-
10 biji cili kering - di kisar
5 biji Telur
5 biji Bawang merah atau 1 ulas bawang besar (pilih yang mana salah satu) - di kisar
3 ulas Bawang putih - di kisar
Minyak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Belacan sebesar ibu jari - di kisar
Air asam jawa
Air

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan goreng telur..selesai goreng telur, tambah sedikit lagi minyak untuk madak sambal tumis...

2. Biar sehingga minyak betul-betul panas, masukkan cili kering dan kacau sehingga pecah minyak.. (tips : cili kering kena betul-betul masak & keluar minyak untuk mengelakkan sakit perut sebab makan cili kering yang tak masak.)

3. Sesudah minyak kelihatan di atas sambal, masukkan bahan yang di kisar dan kacau sehingga sebati...

4. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan sambal terlalu kering...

5. Masukkan juga air asam, garam, perasa serta gula mengikut citarasa anda..

Dah siap... hmm... sedap betul jika makan tika nasi suam-suam...

Selamat mencuba.. daaaa...

Kereta dan spare parts serba guna.. Do It Yourself.. 😆😆

Anda mempunyai kereta yang sudah buruk dan tidak bole diguna lagi? Jangan buang ataupun jual meskipun sudah tiada nilai lagi di pasaran..

Tahukah anda setiap bahagian kereta itu mampu diubah suai mengikut kreativiti anda sendiri....

Jom cuci mata,bersantai dan relax minda anda sambil mnum kopi o di petang hari sambil lihat gsmbar-gambar menarik di bawah ni...
Zassss..layannnnnn... hihihi..













Monday, 24 August 2015

RESEPI CUCUR CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP DAN SEDAP

Hai, Assalamualaikum w.h.t.


SIZUKAHARRISCOLLECTIONSSIZUKAHARRISCOLLECTIONS
SIZUKAHARRISCOLLECTIONS


Sekarang ni, lalu mana-mana pun mesti ada bau cempedak, kan? Almaklumlah, sekarang kan musim cempedak.  Terliur betul setiap kali hidu bau buah cempedak.

Buah cempedak ni, sekali pandang seiras dengan buah nangka.  Cuma nangka baunya tak sekuat buah cempedak, dan tak semanis buah cempedak.  Lazimnya, buah cempedak ini boleh dimakan secara mentah mahupun dibancuh dengan tepung dan di goreng.  Oh ye, SH ada sedikit resepi nak dikongsikan dengan semua pembaca.  Resepi Cucur Cempedak Goreng yang Rangup dan Sedap.
Jom la cuba.  Rugi kalau tak cuba..kannnn?
hehehehe

Baiklah, stop berleter and teruskan dengan resepinya la wahai puan SH oii..huhu

Bahan-bahannya:

Buah Cempedak
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
secubit baking powder
1 camca teh garam
setengah camca teh gula
2 camca teh minyak
1 camca teh kunyit
1 cawan air

Cara-caranya:

Masukkan dahulu tepung gandum, kunyit dan tepung beras.
Gaul sehingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
Masukkan garam serta gula dan gaul.
Akhir sekali masukkan minyak.
Pastikan tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Seterusnya, masukkan buah cempedak ke dalam bekas tepung dan salutkan buah cempedak hingga kena di semua permukaan buah dan bolehlah di goreng di dalam minyak yang panas.
Pastikan buah cempedak tidak terlalu garing hingga hangit ye?
Kalau tak, pahit dan tak boleh dimakan cucur tu karang.

Ha, dah pun siap.
Hmm.. sedapnya makan cucur cempedak bersama teh o panas sambil menghirup udara petang yang segar.
** ah, berangan kejap sambil meleleh air liur.. huhu **

Sunday, 5 July 2015

Kids Sofa Murah & Cantik !

Hari Raya bakal menjelma. Saya sengaja je bersiar-siar ke TESCO UTARA di LAGENDA HEIGHT, SUNGAI PETANI.  Khabarnya, ada offer pampers jenama DRYPERS, RM 32.90.. Selama ni saya pernah terbeli pampers drypers harga RM 34.90...Maybe sebab terdesak punya pasal, so saya pun ambil je la.. hihi
Tapi,kes hari ni bukan kes terdesak ye. Tapi kes beringat-ingat sebelum terkena. Hehe.

Jadi,nak dijadikan cerita, saya dan en. Suami pun bergerak la ke sana sambil tinjau-tinjau & cuci mata. Ok. Pampers drypers dah pun saya ambil walaupun kat rumah actually masih ada lagi. Saja beli untuk keep stok sementara masih ada offer, kan.. Jalan punya jalan, alamak, mata saya tertumpu kat satu objek yang sangat comel & murah! Dan ia adalah barangan yang saya tengah cari sekarang ni. So, pucuk dicita, ulam mendatang la jawabnya..hehe..

Apa lagi, cepat-cepat saya ambil & letakkan kat dalam troli.. happy tak terkata ye sebab jumpa barang yang saya idam-idamkan. Hihi.. Ha, nak tahu barang apa? Ni dia, kids sofa.. Serius, sangat comel.!!



Sebelum ni, saya pernah ke satu gudang beli belah yang agak terkenal (tak boleh sebut nama kedai tu, nanti kena saman) huhu.. Memang design yang sama tapi warna sangat terhad. Waktu tu hanya ada 1 warna je iaitu warna koko. 

So, bukan my favourite colour. Huhu. Harga dia memang saya rasa okey iaitu RM 109.00 macam tu lebih kurang. Saya tak beli sebab saya nak warna yang lebih menyerlah & menarik. Dan lagipun, saya kalau boleh nak beli 2 sebab saya ada 2 orang anak yang masih kecil & sesuai duduk di atas sofa ni. Malangnya, sofa diorang hanya tinggal 1 je. 

Kemudian, bila saya tengok je kat Tesco, memang saya nak beli tak kisah la harga berapa sebab warna yang saya suka ada & juga saya boleh beli 2 buah sofa seperti yang saya kehendaki sebelum ni. Kemudian mata saya melirik ke tanda harga. WOW! Memang berbaloi! Hanya RM 65.90 sahaja. Memang murah bagi saya. Apalagi, tak tunggu lama, saya terus beritahu suami nak beli sofa ni, boleh tak? Suami setuju. Alhamdulillah. Terus beli. 

Lepas ambil je "kids sofa" ni, terus takde mood nak tinjau barang lain. Fikir nak balik je. Nak bagi anak-anak duduk. Gembiranya hati seorang isteri, merangkap seorang ibu serta salah seorang pelanggan hari ni memang tak dapat nak diterangkan bagaimana. Syukur Alhamdulillah sebab dapat miliki barang yang diingini. Dan yang paling penting, nak share sofa budak yang murah ni kat semua pelawat blog saya. 
Ops, di akhir ucapan. Selamat Berpuasa semua. 😉😉😉😄😄🌷🌷🌷